Thursday, September 2, 2010

MESIN LARIK@LATHE MACHINE

Mesin larik ialah satu-satunya mesin yang paling versatil dalam bengkel kejuruteraan. Walaupun pelbagai bentuk mesin larik telah digunakan sebelum kurun ke-18, namun mesin larik pertama yang boleh memotong ulir hanya dicipta pada tahun 1797 oleh seorang mekanik Inggeris bernam Henry Maudslay. Mesin ciptaan beliau telah banyak digunakan dalam pembinaan enjin stim kereta api rekaan James Watt pada awal kurun ke-19 iaitu pada zaman resolusi industri England. Sejak dari masa itu mesin ini telah diperbaiki dan ditambah dengan beberapa alatan tambahan supaya dapat mengeluarkan komponen-komponen dengan tepat dan persis. Di Malaysia mesin ini amat popular sehingga setiap bengkel kejuruteraan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah mesin. Fungsi utama mesin larik ini ialah untuk meghasilkan bentuk silinder dengan memutarkannya pada mata pemotong.






1. Fungsi mesin larik

a. Fungsi utama mesin larik ialah untuk menghasilkan bentuk silinder dengan memutarkannya pada mata pemotong
b. Selain daripada itu operasi berikut juga dilakukan pada mesin larik:

  

2 comments:

  1. The merit casino - deccasino.com
    The merit casino is one of the world's most well-known 제왕카지노 casinos and it's septcasino been deccasino operating for more than 20 years. The company operates under license of Curacao

    ReplyDelete